
AMERIKA Syarikat telah mengarahkan kapal pengangkut pesawat USS George Washington untuk terbang menyampaikan bantuan makanan dan perubatan berjumlah USD20j kepada penduduk Filipina.
Pesawat itu,yang membawa 5000 orang tentera laut,berada di perlabuhan Hong Kong semasa kejadian ribut itu berlaku.
Negara Filipina merupakan kepulauan yang merangkumi lebih 7000 pulau-pulau kecil dan tidak terkecuali daripada ditempiasi ribut taufan saban tahun.
Namun,Taufan Haiyan yang melanda bandar Tacloban empat hari yang lalu mencatatkan rekod terburuk dalam sejarah negara arkipelago itu,dengan kesan yang amat menyayat hati: 842 kematian dan dilaporkan 10,000 mangsa masih belum ditemui.
Taufan yang bertiup selaju 315 kilometer sejam (km/j) itu turut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak hari pertama iaitu pada Jumaat lalu.
Angin kuat,hujan lebat serta ribut pantai yang membadai itu telah mengubah serta-merta lanskap bandar itu secara keseluruhannya.Taufan itu turut meranapkan sebahagian besar rumah dan bangunan,serta fasiliti lain seperti jambatan dan jalan raya.
Persatuan Bulan Sabit Merah melaporkan sebanyak 1400 pusat pemindahannya di rantau itu sudah menempatkan sejumlah besar mangsa yang terselamat,namun kekurangan bantuan perubatan menjejaskan tugas penyelamatan.Oleh itu,bantuan daripada orang ramai diperlukan dengan kadar segera. – SARA KHALID

Posting Komentar